"Diana Danielle Dah Lama Tahu !"- Diana Danielle Dedah Punca Dia Tak Nak Berlakon Dgn Syamsul Yusof

 


PETALING JAYA: Pelakon jelita, Diana Danielle Danny Beeson, 20, enggan bekerjasama dengan Syamsul Yusof, 27, jika ditawarkan berlakon oleh bekas kekasihnya itu.


Menurutnya, dia tidak pernah terfikir untuk kembali berlakon dalam drama atau filem di bawah arahan pengarah muda tersebut biarpun dikatakan mereka sudah berbaik.


"Saya belum terfikir lagi untuk berlakon bersama dia (Syamsul)jika ditawarkan,” jelasnya melalui kiriman khidmat pesanan ringkas kepada mStar Online.


Jelasnya, hubungan baik dengan pengarah muda itu, hanya atas dasar profesionalisme dan rasa hormat sesama artis.


“Saya rasa orang sudah salah anggap, saya langsung tidak terfikir nak kembali intim dengan Syamsul Yusof. Kami hanya kawan dan tidak lebih dari itu,” tulisnya.


Dalam pada itu, Dia yang dikatakan berpimpin tangan dalam sebuah majlis baru-baru ini menjelaskan bahawa ia tidak seperti yang digambarkan oleh beberapa pihak.


“Mana ada saya hadir ke sebuah majlis sambil berpimpin tangan dengan Syamsul Yusof, Itu hanya fitnah semata-mata. Dia hanya membantu saya semasa tutun tangga dari atas pentas sebab tangga tersebut terlalu kecil dan saya memakai kasut bertumit tinggi,” jelasnya.


Sementara itu, ibu kepada pelakon ini, Norsiah Ramli ketika dihubungi mStar Online memberitahu hubungan bekas pasangan kekasih itu sudah lama berbaik, namun tidak lebih dari sekadar teman biasa.


“Kami sudah melupakan peristiwa lalu dan Syamsul sudah lama meminta maaf tentang perkara itu. Tentang hubungan Diana dengan Syamsul saya tidak pernah menghalang untuk mereka berbaik.


“Saya ada bertanya Diana sejauh mana hubungan tersebut, namun Diana hanya memberitahu ia hanya berjumpa ketika di majlis dan tidak pernah berhubung melalui telefon dengan lelaki tersebut," katanya.


Rakan Puteri Sarah Dedah Sikap Sebenar Syamsul Yusof Yang Ramai Tak Tahu

Kemelut rumah tangga pasangan pelakon, Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof yang dikatakan hampir musnah disebabkan kehadiran orang ketiga dilihat masih lagi belum selesai.

Terbaru! Rakan kepada Puteri Sarah ada memuat naik beberapa IG Story serta menzahirkan rasa kecewa terhadap Syamsul Yusof. Apa kes ni?

Bukan tu jer, dia juga berasa sedih apabila mengenangkan detik dimana Puteri Sarah dirisik sehingga bernikah dengan suaminya. Dengar macam teruk sangat pula, dah kenapa ni?

Time dia tergila-gilakan Sarah, time tu jugak dia nak size cincin. Dia tak kira dah Sarah tengah busy outstation ke, tengah shooting ke dia peduli apa.

Hari majlis merisik pun nak bergaduh, perangai macam budak-budak. SY ni cemburu nak mampos ye. Dia boleh skodeng (mengendap) dari jauh waktu Sarah kerja. Dengan erti kata lain dia sangat mengongkong Sarah!

Individu itu juga mendakwa yang anak kepada Puteri Sarah, Sumayya telah ‘bersedih’ sejak dari kecil lagi.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada cerita yang disampaikan kawan kepada Puteri Sarah ni benar ataupun tidak.

KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item