Puteri Sarah Dedah Kata Terakhir Syamsul Yusof Sebelum Dia Hadir Ke Mahkahmah

Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan bahawa suami, pengarah Syamsul Yusof ada menghantar pesanan terakhir menerusi aplikasi WhatsApp sebelum dia ke mahkamah untuk memfailkan penceraian.
Kata Puteri Sarah, Syamsul juga ada mengajak untuk bertemu bagi membincangkan kemelut rumah tangga yang berlaku antara mereka berdua.
Namun begitu, ibu kepada dua anak ini memaklumkan bahawa mereka berdua masih belum berkesempatan untuk berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan urusan kerja dan penggambaran.
Puteri Sarah mendedahkan mengenai perkara itu ketika ditemui media di Kompleks Mahkamah Syariah, Wilayah Persekutuan, semalam.
Ujarnya, dia turut membalas mesej Syamsul itu dengan kata-kata serta pesanan dalam mengharungi dugaan rumah tangga.
Dalam peristiwa semalam, Puteri Sarah dilihat hadir seorang diri dan tidak ditemani Syamsul Yusof bagi proses perceraian itu.
Syamsul ada beri kata-kata terakhir sebelum saya datang ke sini, tetapi saya tak boleh kongsikan.