Video : Padah Demi ‘Content’, Remaja Lelaki Maut Dirempuh Ketika Cuba Halang Lori

Tindakan nekad seorang remaja lelaki di Indonesia untuk menghalang sebuah lori dipercayai semata-mata untuk kandungan (content) berakhir dengan tragedi ngeri apabila dia dilanggar ketika melintas jalan hingga maut, lapor Tribun Jateng.
Difahamkan, jenazah remaja lelaki itu kemudiannya diletakkan di jalan raya bahagian bawah (dipercayai tebing) berdekatan dengan tol Gunung Putri, Daerah Bogor pada Sabtu.
Video tersebut tular di media sosial dan salah satunya dikongsi menerusi akaun Instagram.
Ketua Polis Gunung Putri Bogor Tri Nugraha mengesahkan sehingga kini identiti mayat remaja itu masih belum diketahui.
“Betul, ini mangsa kemalangan yang belum diketahui identitinya.
“Budak lelaki itu dan rakannya menahan lori secara paksa dan akhirnya dilanggar. Identiti lori itu belum diketahui,” katanya pada Sabtu.
Dalam pada itu, kes tersebut dikendalikan oleh Unit Trafik Polis Bogor dan siasatan masih dijalankan.
“Pihak kami masih menjalankan siasatan ke atas kes yang berlaku,” kata Ketua Unit Bantuan Guaman Polis Bogor, Ipda Angga Nugraha.