VIDEO: Ramai Terkejut Bila Dengar Suara Sebenar Ira Kazar. Patutlah Syamsul Boleh Terpukau !

 


Nama anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi iaitu Ira Kazar tidak perlu diperkenalkan lagi kerana ramai.


Mana tidaknya, ramai mula mengenali individu berkenaan selepas terpalit dengan kontroversi rumah tangga pasangan selebriti, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana.


Rakaman Video ada di Bawah Sekali


Selain dikenali sebagai ‘penyondol’ dan anak pelakon senior, wanita berusia 28 tahun itu juga seorang pempengaruh media sosial.


Pun begitu, ramai tidak sedar pemilik nama Faghirah Fatini Binti Kazaruddin juga terlibat dalam dunia lakonan.


Bagai tidak percaya, Ira yang juga isteri kedua kepada pengarah, Syamsul Yusof sebenarnya terlibat sama dalam menjayakan sebuah drama berjudul Perang Dingin yang dilakonkan oleh Ain Edruce dan Ammar Titan.


Menerusi beberapa hantaran dikongsikan di laman TikTok, memaparkan kelibat Ira dalam beberapa babak lakonan bersama Ain Edruce dan Ammar Titan.


Bukan itu sahaja, dia juga dilihat muncul dalam babak makan bersama keluarga berkenaan selain kehadiran bapa kandungnya sendiri iaitu Kazar Saisi yang turut ada di situ.


Rata-rata warganet meluahkan rasa terkejut sebaik sahaja melihat hantaran berkenaan selain tidak sangka Ira juga pernah berlakon. Malah, siap berkepit dengan Ain Edruce dalam drama berkenaan.


Selain itu, ada juga mengatakan baru pertama kali mendengar suara Ira Kazar dan melihat tubuhnya yang genit sahaja.

Tidak kurang juga mereka menyamakan gaya percakapan madu kepada pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana seperti aktress Izreen Azminda yang sebelum ini kecoh sebagai perampas kebahagiaan rumah tangga seseorang.



KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA

Post a Comment

emo-but-icon

Popular Posts

item